Slider

Haslin Mega Enterprise telah memulakan perniagaan pada awal tahun 2013 dengan memberi fokus kepada perusahaan membuat Kuih Kapit atau kadangkala dikenali sebagai Kuih Love Letter atau Kuih Sepit. Kini kuih tradisional ini telah mengalami pelbagai suntikan nafas baru sesuai dengan peredaran masa dan permintaan semasa. Untuk mengelakkan kuih ini ditelan zaman, kami telah menerapkan idea-idea baru dari segi cara pembuatannya yang menggunakan peralatan moden dalam masa yang sama diperkaya dengan pelbagai versi perisa inti iaitu coklat dan peanut.

Berbekalkan semangat dan komitmen yang tinggi, Haslin Mega Enterprise telah beralih kepada Haslin Mega (M) Sdn Bhd (1338157-W) dan telah menjalankan strategi pemasaran yang agresif dengan memberi tumpuan kepada peniaga-peniaga dan pemborong kuih sekitar Negeri Johor dan Melaka. Berdasarkan permintaan pasaran yang tinggi, Haslin Mega telah berkembang maju dan sehingga kini berjaya menguasai pasaran selatan tanah air dengan sokongan 50 pekerja yang beroperasi di 2 permis dengan anggaran pengeluaran produk harian sebanyak 500-700 botol. Kami juga menyediakan khidmat penghantaran tanpa sebarang bayaran dengan menggunakan van rasmi Haslin Mega kepada pelanggan-pelanggan kami.

 Haslin Mega  telah berjaya mendapat perakuan Sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Sijil Halal Malaysia daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) yang membuatkan produk keluaran Haslin Mega Enterprise berkualiti dan diperaku setanding produk keluaran syarikat ternama yang lain.

 

Visi dan Misi

 

VISI SYARIKAT

  • Menerajui dan menembusi pasaran domestik dan antarabangsa melalui produk kuih kapit yang berinovasi dan berkualiti serta memenuhi citarasa masyarakat Malaysia dan antarbangsa

MISI SYARIKAT

    • Memantapkan operasi dari segi pengeluaran dan pemasaran;

    • Sentiasa menghasilkan produk berinovasi untuk mencari kelainan dan bersaing dengan produk yang sedia ada di pasaran;

    • Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan generasi ke 2 FELDA;

    • Melestarikan potensi industri di kawasan luar bandar supaya dapat mengurangkan penghijrahan belia ke bandar.

 

KONSEP PEMASARAN PERNIAGAAN

Perniagaan yang kami usahakan adalah berkonsep pembekalan produk Kapit Coklat/Peanut kepada pemborong dan peruncit makanan ringan. Selain jualan langsung kepada peruncit, kami membekalkan produk kepada syarikat pemborong dalam kuantiti yang besar. Bersama pemborong kami menggunakan konsep consignment iaitu pembayaran diterima selepas penghantaran seterusnya (bil to bil payment). Cara ini lebih digemari oleh syarikat pemborong dan oleh sebab itu kami memerlukan dana modal yang besar untuk memastikan bekalan produk sentiasa ada. Konsep yang sama juga kami praktikkan kepada peruncit.

Kami juga melaksanakan strategi pemasaran perniagaan dengan menggunakan kemudahan dan kecanggihan IT seperti Facebook, WhatsApp, E-Mail dan Instagram. Pasaran dapat diperluaskan dengan adanya network yang sentiasa aktif ini.

FOLLOW KAMI DI:

FACEBOOK : HASLIN MEGA (M) SDN BHD
INSTAGRAM : HASLIN.MEGA

 

Carta Organisasi

 

Sijil Kelulusan

 

 

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!